legal

Tamatkan ucapan kebencian dan diskriminasi di Malaysia 

18 Jun, tarikh keramat Hari Antarabangsa untuk Melawan Ucapan Kebencian telah diraikan buat julung kalinya pada tahun 2022 selepas ia diisytiharkan  oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui resolusinya mengenai “menggalakkan dialog antara agama dan antara budaya serta toleransi dalam menentang ucapan kebencian” yang diterima pakai pada Julai 2021.

Resolusi itu mengiktiraf keperluan untuk menentang diskriminasi, xenofobia dan ucapan kebencian dan seterusnya menyeru semua pihak yang berkepentingan, untuk meningkatkan usaha mereka dalam menangani fenomena ini, selaras dengan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Nota Dasar Melawan Ucapan Kebencian — Malaysia 

Tiada definisi universal yang dipersetujui dalam merungkai maksud ucapan kebencian, begitu juga dengan istilah ucapan kebencian yang  dikodkan dalam undang-undang antarabangsa. Dalam mengkaji definisi ucapan kebencian daripada pelbagai  institusi, ARTICLE 19 telah mengenal pasti bahawa istilah untuk  merangkumi mana-mana ekspresi menyampaikan pendapat atau idea – membawa pendapat atau idea dalaman kepada khalayak luar.