Saat senja aku memandang
Jauh ke depan,
Sinar mentari semakin menjauh,
Mengecil dari pandangan ku

Saat malam,

Sinar pelita menemaniku
Tarian ombak menghempas batu
Dan angin sepoi-sepoi membuat
hatiku tenang.

Namun…
Ketenangan cuma sementara
Tiba-tiba
Jantungku… berdegup pantas
Badanku… mengigil kesejukan
Kakiku melangkah… seribu…
Entah ke mana…
Mataku… tidak… mengenal malam
Tubuku dibasahi embun…
Fikiranku… dipenuhi ketakutan

Keluargu kurang bernasib baik
Rumahku diselongkar, tikarku
DIPIJAK menggunakan SEPATU!!
Rumah merah menjadi persinggahan
yang tujuannya entah ke mana

Kenapa?
Kenapa?
Kami tidak minta dilahirkan tanpa dokumen
Kenapa?
Tiada keadilan untuk kami?
Kenapa?
Kami mesti lari?

Aku mahu!
Hidup tanpa ketakutan
Aku mahu!
Hidup selesa, belajar tanpa ketakutan.
Aku mahu!
Hidup juga seperti kamu.

Penulis Semah ialah seorang pelajar tidak berdokumen di sebuah sekolah alternatif di sekitar Kota Kinabalu. Dia dilahirkan di Kampung Layang Besar dan merupakan anak keempat daripada tujuh orang adik beradik. “Aku tergerak untuk tulis puisi ini, kerna aku mahu berkongsi apa yang perna aku rasa, kerna orang ada IC tidak perna merasainya. Harapan ku sekarang, adalah semoga perjuangan selamanya kekal dan harus pertahankan hak kita.” Cita-citanya adalah untuk menjadi seorang pendidik. Semah kini merupakan guru pelatih di Sekolah Alternatif, dibimbing oleh Sabir Syarifuddin daripada Borneo Komrad.

About the author: Semah is an 18-year-old undocumented student at Alternative Learning Centre near Kota Kinabalu. She was born at Kampung Layang Besar, and is the fourth child out of seven siblings. “I wrote this poem because I want to share the emotions I have, that those who have Identity Cards (ICs) would have never felt. My hope now is that the fight continues to defend my rights.” Her ambition is to become an educator. She is currently a teacher-in-training at Sekolah Alternatif, mentored by Sabir Syarifuddin of Borneo Komrad.

This media output is supported by ARTICLE 19 and Canada Fund for Local Initiatives and the High Commission of Canada in Malaysia. Pengeluaran media ini disokong oleh ARTIKEL 19 dan Dana Kanada untuk Inisiatif Tempatan, serta Pesuruhanjaya Tinggi Kanada di Malaysia.